Ads Top

Main Ad

“Makan Guna ‘Chopstick’ Tak Haram Ya, Bezakan Antara Budaya Dan Agama” – Adam Corrie

Pelakon Adam Corrie pernah ditegur kerana masih menggunakan penyepit makanan atau chopstick ketika makan meskipun sudah bergelar mualaf.

Advertisement

Adam atau nama lengkapnya Adam Corrie Lee Abdullah mendedahkan ada segelintir masyarakat yang cetek ilmu menganggap penggunaan chopstick oleh orang beragama Islam adalah haram di sisi agama.

Adam Corrie

Ambil yang positif. Hidup berbilang kaum. Makan guna chopstick tak haram ya. Sebab dulu pernah kena tegur, dah masuk Islam tak boleh pakai chopstick. Haram katanya.

Adam, 52, menjelaskan kaedah menggunakan penyepit makanan memang budaya yang diamalkan orang Cina. Adam turut berkongsi cara penggunaan penyepit makanan dengan betul ketika menjamah nasi yang disediakan di dalam mangkuk.

Memang begini cara orang Cina lelaki seperti saya makan nasi dalam mangkuk. Rapatkan mangkuk ke mulut, tolak nasi, lauk dan sebagainya guna chopstick laju-laju supaya nasi tak tumpah. Bukan sebab gelojoh. Bezakan antara budaya dan agama.

Advertisement

Pelakon Kaki Kitai itu turut menerangkan jika makan nasi dalam pinggan, dia akan menggunakan tangan sahaja untuk makan. Makan pakai chopstick hanya kerana ia merupakan budaya bangsanya sendiri.

Info tambahan, Adam Corrie memeluk Islam 14 tahun lalu iaitu pada 13 Julai 2007 ketika berusia 39 tahun.

‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Makan Guna ‘Chopstick’ Tak Haram Ya, Bezakan Antara Budaya Dan Agama” – Adam Corrie first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.