Ads Top

Main Ad

“Mana Ada. Saya Tak Pernah Beli Pun..” – Sharnaaz Ahmad Jadi Mangsa Penipuan?

Pelakon Sharnaaz Ahmad menafikan bahawa dia menjadi antara mangsa penipuan membabitkan pembelian permainan konsol popular, PlayStation 5 (PS5) oleh seorang individu yang mengaut keuntungan bernilai jutaan ringgit.

Jaga Anak Emma Maembong, Gelagat Sharnaaz Ahmad Raih Tumpuan Netizen
1 minggu lalu

Jaga Anak Emma Maembong, Gelagat Sharnaaz Ahmad Raih Tumpuan Netizen

Advertisement

Sharnaaz atau nama lengkapnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, berkata dia tidak pernah berurusan dengan individu terbabit untuk membeli PS5 seperti yang didakwa oleh peminat kelab permainan video tersebut.

Mana ada. Saya tak pernah beli pun. Saya cuma ada PS4 sahaja. Itu pun saya dah lama tak main sebab terlalu sibuk.

Malah, pelakon filem Jebat itu tidak pernah terfikir lagi untuk membelinya disebabkan jadual kerja yang sibuk.

Advertisement

Terdahulu, lebih 200 peminat tegar permainan video itu berang apabila tempahan yang dibuat dengan seorang lelaki masih gagal dipenuhi.

‘Wakil penjual’ itu turut didakwa gagal memulangkan duit mangsa, sebaliknya terus berjanji untuk segera menyelesaikan masalah itu.

The post “Mana Ada. Saya Tak Pernah Beli Pun..” – Sharnaaz Ahmad Jadi Mangsa Penipuan? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




Powered by Blogger.