Ads Top

Main Ad

“Memang Nak Sangat Tambah Anak, Tapi..” – Tya Arifin Rancang Tambah Ahli Keluarga

Pelakon dan penyanyi yang kini merupakan usahawan terkenal, Tya Arifin berharap agar mempunyai rezeki untuk mendapatkan anak ketiga selepas dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arif Jiwa dan Azzahra.

BACA: Dah Bantu Lebih 25,000 Rakyat Malaysia, Tya Arifin Tolak Tepi Kerjaya Seni, Utamakan Perniagaan

Advertisement

Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari Arifin memaklumkan bahawa dia dan suami, Asyraf Khalid masih perlu mempertimbangkan banyak perkara sebelum merancang untuk menambah ahli keluarga.

Memang nak sangat tambah anak, tapi agak risau untuk berbuat demikian sebab buat masa sekarang ni kita masih dalam situasi pandemik yang cukup berisiko.

Tya, 27, menjelaskan mungkin selepas keadaan semakin pulih, barulah dia dan suami merancang untuk tambah ahli keluarga.

Tya Arifin

Penyanyi lagu Bagaikan Mutiara itu kini aktif menjalankan perniagaan produk Mutyara tidak terfikir untuk mencetuskan gimik untuk melariskan jualannya.

Tujuan utama saya menjadi usahawan adalah untuk membina perniagaan jangka masa panjang. Misi utama adalah untuk membantu orang ramai mencapai impian bersama dalam perniagaan.

Terdahulu, Tya meluahkan rasa syukur kerana dapat membantu lebih 25,000 rakyat Malaysia sejak bergerlar usahawan sejak empat tahun lalu.

The post “Memang Nak Sangat Tambah Anak, Tapi..” – Tya Arifin Rancang Tambah Ahli Keluarga first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




Powered by Blogger.