Ads Top

Main Ad

“Pasti Ada Rezeki Lain” – Azmi Saat Rancang Rakam Lagu Istimewa Buat Arwah Anak

Penyanyi Azmi Saat merancang untuk menghasilkan satu single khas untuk mengenang arwah anaknya yang melodi dicipta oleh Ajai, manakala lirik ditulis Ahmad Fedtri Yahya.

BACA: Dah Tak Mengigau Ketika Tidur Teringat Arwah Anak, Azmi Saat Lega Keadaan Isteri Bertambah Baik

Advertisement

Azmi atau nama lengkapnya Khairul Azmi Bin Mohd. Saat juga memaklumkan bahawa isteri, Nazira Muhammad sudah beransur pulih dan semakin kuat dan mereka saling memberi kata-kata semangat.

Azmi, 34, kini akur dengan ketentuan Allah dan reda. Meskipun penantian untuk bergelar ibu bapa itu sudah dinantikan selama 10 tahun. Namun, menurutnya Azmi dari awal kandungan sehingga isteri melahirkan anak, Allah banyak membantu mereka.

Advertisement

Tiga hari dapat menjaga bayi kami juga rezeki. Bagi saya, pasti Allah nak berikan rezeki lain buat kami akan datang. Insya-Allah, mana tahu kami akan ada rezeki cahaya mata lagi dan untuk itu, saya positif saja.

Penyanyi vokalis bagi kumpulan Caliph Buskers itu mengakui sangat rindu untuk membuat persembahan di hadapan penonton seperti dahulu. Namun, pada masa sekarang, dia lebih mengambil kira tentang faktor keselamatan kesihatan.

Sejak kerajaan memberi kelonggaran bekerja, saya dan Caliph Buskers sudah mula mendapat tawaran ‘shooting’ untuk program TV dan acara diadakan oleh syarikat korporat.

Azmi turut meluahkan rasa syukur kerana dapat menjana pendapatan kembali dalam bidang nyanyian dan dia percaya setiap lagu yang dihasilkan ada tarikannya tersendiri dan tidak merancang untuk merancakkan promosi lagu.

Terdahulu, Azmi dan isteri baharu kehilangan cahaya mata sulung mereka, Allahyarham Khairul Afnan yang meninggal dunia pada 30 September.

The post “Pasti Ada Rezeki Lain” – Azmi Saat Rancang Rakam Lagu Istimewa Buat Arwah Anak first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




Powered by Blogger.