Ads Top

Main Ad

“Pelakon Macam Ni Perlu 1 Juta Penggikut Ke?” – Beto Kusyairy Dipuji Ramai Buat ‘Stunt’ Sendiri

Pengacara dan pelakon popular, Nabila Huda menzahirkan rasa kagum terhadap aktor versatil, Beto Kusyairy apabila beliau melakonkan adegan yang bahaya tanpa melibatkan stuntman.

Di dalam video yang dikongsikan oleh Nabila atau nama mesranya, Abil di Twitter, ia memperlihatkan Beto sedang bergelut dengan api yang sangat marak ditubuhnya.

Advertisement

Kata Abil, aksi yang ditunjukan oleh aktor tersebut sememangnya wajar diberikan pujian dari orang ramai kerana menyifatkan tindakan tersebut memerlukan keberanian yang sangat tinggi.

Advertisement

Pelakon macam ni perlu 1 juta pengikut ke? Kalau tak ada orang appreciate tak tahu lah.

Video yang berdurasi hampir 20 saat itu dikongsikan oleh pengacara program, Melodi itu menerusi ciapan yang dibuatnya di akaun rasmi Twitter beliau.

Meninjau di ruangan komen ciapan tersebut, netizen turut menzahirkan rasa kagum dengan apa yang telah dilakukan oleh pelakon tersebut serta tidak sabar untuk menyaksikan karya baharu daripada Beto itu.

Terdahulu, adegan yang dipaparkan oleh Abil itu merupakan salah satu babak di dalam drama terbaharunya berjudul Halimun yang turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Kodi Rasheed, Harun Hashim, Puteri Balqis dan ramai lagi.

Puteri Balqis
1 minggu lalu

Lama Menyepi Dari Industri, Ini Wajah Terkini Pelakon Cilik Puteri Balqis

The post “Pelakon Macam Ni Perlu 1 Juta Penggikut Ke?” – Beto Kusyairy Dipuji Ramai Buat ‘Stunt’ Sendiri first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




Powered by Blogger.