Ads Top

Main Ad

Pemandu Van Ditahan, Langgar Mati Budak Sekolah Di Sepang, Semalam

Seorang pemandu van telah ditahan polis setelah dia dilaporkan melanggar mati seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, semalam.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shariat yang memaklumkan bahawa kejadian itu berlaku kira-kira jam 12.10 tengah hari selepas pemandu van yang berusia 31 tahun berkenaan selesai menurunkan penumpang.

Advertisement
langgar budakSumber : Facebook 

Pemandu van berkenaan telah memandu ke hadapan tanpa menyedari telah melanggar salah seorang pelajar perempuan yang juga penumpang van tersebut ketika mangsa sedang melintas di hadapan van terbabit.

Difahamkan, mangsa telah diambil pemandu van wanita itu dari sebuah sekoalh berhampiran dan di hantar ke pusat transit sebelum ke sekolah KAFA.

Video pelanggaran yang sempat dirakam oleh kediaman bertentangan kemudiannya menjadi tular di media sosial Facebook.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Unit Kecemasan Nilai Medical Centre akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia jam 2.30 petang semalam.

Pemandu van berkenaan telah ditahan untuk siasatan lanjut dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengankutan Jalan 1987.

Funfair
1 hari lalu

Lelaki Maut Terjatuh 'Ferris Wheel' Tapak Pesta Ria Di Cheras, Semalam

The post Pemandu Van Ditahan, Langgar Mati Budak Sekolah Di Sepang, Semalam first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




Powered by Blogger.