Ads Top

Main Ad

Pengarah Shuhaimi Lua Puji Ziana Zain, Tak Diva Dan Berdisiplin

Pengarah Shuhaimi Lua Abdullah menyifatkan penyanyi serta pelakon Ziana Zain sebagai selebriti yang sangat professional serta seronok untuk bekerjasama dengannya.

Ziana Zain
6 bulan lalu

"Bak Kata Diva AA, Why Bother?" Ziana Zain Akui Tak Perlu Cipta Kontroversi Untuk Terus Kekal Relevan

Advertisement

Menurut Shuhaimi, pelakon filem Sembilu itu tidak pernah sekali berlagak diva serta menunjukkan sifat disiplin yang sangat tinggi ketika berlakon dibawah arahannya.

Ziana memang seorang yang sangat bagus. Dia sanggup datang awal ke lokasi dan bersarapan dengan kru produksi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHUHAIMI LUA (@shuhaimilua_director)

Dalam pada masa yang sama, Shuhaimi turut berkata Ziana banyak menghabiskan masa di lokasi bagi menelaah skrip untuk mendalami wataknya dengan sempurna.

Tambahnya lagi, aktres tersebut sering membuat latihan dengan pelakon lain dan Shuhaimi nampak perbezaan ketara dengan segelintir pelakon baharu yang lebih memilih untuk menyendiri serta bermain dengan telefon.

Walau bagaimanapun, Shuhaimi tidak mengambil kesempatan keatas pelakon tersebut dan akan melepaskannya pulang ke rumah sebelum jam 10 malam.

The post Pengarah Shuhaimi Lua Puji Ziana Zain, Tak Diva Dan Berdisiplin first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




Powered by Blogger.