Ads Top

Main Ad

“Penggantungan Pesawat Hawk 108 Bergantung Pada Hasil Siasatan..” – DS Hishamuddin Hussein

Susulan daripada insiden pejuang yang terhempas di Pangkalan Udara Butterworth baru-baru ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan bahawa pesawat pejuang Hawk 108 akan terus digunakan untuk latihan dan operasi.

Menurut beliau lagi, keputusan penggantungan pesawat itu hanya akan dibuat selepas siasatan dijalankan oleh Lembaga Siasatan Khas, seperti yang dilaporkan Astro Awani.

Advertisement

Ujarnya lagi, selagi ia mampu berfungsi dengan baik pesawat tempur jenis tersebut akan terus digunakan dan kerajaan dalam pada masa yang sama akan tetap meneruskan perancangan untuk membeli pesawat baharu.

Selagi berfungsi dengan baik ia tidak jadi masalah (penggunaan pesawat Hawk) dan sebarang keputusan (menggantung operasi) akan dibuat berdasarkan hasil siasatan.

DS Hishamuddin berkata demikian dalam sidang media setelah bertemu calon Barisan Nasional, Lim Ban Hing, bagi PRN Melaka di Bilik Gerakan negeri itu, semalam.

Maklum Hishamuddin lagi, dia juga tidak menerima sebarang laporan dan permintaan untuk menukar pesawat jenis itu yang sebelum ini telah digunakan dalam sebarang latihan dan pengendalian Tentera Udara Malaysia.

Advertisement

Terdahulu, insiden pesawat tempur yang terhempas itu telah mengorbankan seorang juruterbang, Kapten Mohamad Affendi Bustamy manakala rakannya, Mejar Mohd Fareez Omar pula cedera dan kini dirawat di Hospital Seberang Jaya, Butterworth.

Pesawat Hawk TUDM terhempas
1 hari lalu

Seorang Maut Dan Seorang Cedera, Pesawat Hawk Milik TUDM Terhempas

The post “Penggantungan Pesawat Hawk 108 Bergantung Pada Hasil Siasatan..” – DS Hishamuddin Hussein first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




Powered by Blogger.