Ads Top

Main Ad

Pukul Bekas Isteri, Awie Diperintah Mahkamah Bayar RM80,000 Kepada Rozana Misbun

Penyanyi dan pelakon Datuk Awie telah diperintahkan untuk membayar ganti rugi kepada bekas isteri, Rozana Misbun sebanyak RM80,000 atas dakwaan mencederakan wanita itu, tujuh tahun yang lalu.

Perkara tersebut dimaklumkan setelah Mahkamah Rayuan Putrajaya telah mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen di mana Rozana telah memfailkan saman sivil pada tahun 2017 terhadap Awie di atas kecederaan yang dialami akibat dipukul penyanyi kumpulan rock Wings itu.

Advertisement
Rozana Misbun AwieSumber : Google  

Rozana mendakwa dia dicederakan bekas suaminya di tiga tempat pada tahun 2014.

Datuk Nor Bee Ariffin yang mengetuai panel tiga hakim telah menolak rayuan Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Osman dan mengekalkan perintah Mahkamah Sesyen serta Mahkamah Tinggi yang memihak kepada Rozana.

Awie pukul isteriSumber : Google  

Menurut Nor Bee, ganti rugi untuk kesakitan serta penderitaan adalah sebanyak RM30,000 manakala ganti rugi untuk tekana serta rasa malu adalah bernilai RM50,000 setelah penilaian dianggap adil dan munasabah berdasarkan kecederaan yang dialami oleh Rozana.

Sekadar info, Rozana telah diwakili peguam Azlan Abd Roni, Nasyrah Ezzan Ali dan Ahmad Fakri Abu Samah.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Pukul Bekas Isteri, Awie Diperintah Mahkamah Bayar RM80,000 Kepada Rozana Misbun first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.