Ads Top

Main Ad

“Sanggup Tahan Mata..” Belum Lancar Bercakap Tapi Dah Pandai Mengaji, Niena Baharun Kongsi Perkembangan Anak Sulung

Keletah anak sulung kepada pelakon Datin Niena Baharun, Adiel Mikael yang kini berusia tiga tahun telah mencuit hati netizen apabila si cilik itu dilihat gemar mengaji Al-Quran pada lewat malam.

Perkara itu dikongsikan Niena atau nama sebenarnya Amaniena Baharun,28, di laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Advertisement

Tambah Niena, Adiel sanggup menahan mata hanya kerana mengaji Al-Quran.

Dia buat perangai tak mahu tidur, sebaliknya hendak mengaji pukul 12 tengah malam. Walaupun dah suruh masuk tidur namun dia tetap degil nak mengaji.

Kata pelakon drama bersiri Jangan Benci Cintaku itu lagi, dia hanya melayan gelagat anak sulungnya itu meskipun dia masih belum fasih bertutur dengan lancar.

Advertisement

Niena juga meluahkan rasa syukur kerana Adiel semakin lancar membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan menganggap semua itu sebagai anugerah daripada Allah S.W.T.

Sekadar info, Niena telah mendirikan rumah tangga bersama dengan Datul Aliff Firdaus Abdul Hadi pada 1 Februari 2018.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Adiel Mikael dan Alyssa Marissa.

Niena Baharun
5 bulan lalu

Tinggal Kondo Mewah Kerana Ingin Hidup Bersama Mentua, Niena Baharun Akui Lebih Bahagia

The post “Sanggup Tahan Mata..” Belum Lancar Bercakap Tapi Dah Pandai Mengaji, Niena Baharun Kongsi Perkembangan Anak Sulung first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




Powered by Blogger.