Ads Top

Main Ad

Sarat Hamil Sempat Beli Kereta Mewah Mercedes Benz, Kak KM Liana Rosli Nak Bawa Untuk Pergi Beranak

Usahawan kecantikan wanita yang juga anak kepada pelakon Normah Damanhuri, Liana Rosli tampil meluahkan rasa syukur apabila dia dikurniakan rezeki untuk membeli sebuah kereta mewah jenama Mercedes Benz sebelum bersalin.

Advertisement

Kata Liana atau lebih mesra disapa sebagai Kak KM, dia membeli kereta tersebut dengan tujuan  membawanya untuk pergi beranak kelak.

Perkara tersebut dikongsikan Liana menerusi sebuah hantaran video yang memaparkan dia sedang melihat-lihat kereta mewah tersebut di sebuah ruang pertunjukan untuk tatapan peminat.

“Alhamdulillah, untuk p beranak. Nak pergi sambut kehadiran #therealkm.” tulisnya ringkas di bahagian kapsyen hantaran tersebut.

Dalam video tersebut, Liana kelihatan teruja dan sempat merasai sendiri pengalaman duduk di tempat pemandu kereta mewah berwarna merah itu.

Turut hadir sama bersama Liana adalah suami, anak perempuan serta kakak kandungnya.

Advertisement

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memuji pemilihan kereta mewah yang dianggap cantik dan mewah serta merasakan ia rezeki untuk bayi yang dikandung Liana pada ketika ini.

“Masyallah, cantik sangat kereta ni. Rezeki baby baru, tahniah.” tulis seorang netizen.

Dalam pada itu, ramai juga yang mendoakan agar urusan Liana melahirkan anak keempatnya itu dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Sarat Hamil Sempat Beli Kereta Mewah Mercedes Benz, Kak KM Liana Rosli Nak Bawa Untuk Pergi Beranak first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.