“Saya Sangat Terharu..” – Dr Amalina Terima Anugerah Wanita Masa Hadapan United Kingdom 2021
Pakar bedah terkenal, Dr. Amalina menerima penghargaan dalam kategori profesion di Anugerah Wanita Masa Hadapan United Kingdom 2021 (UK Women of the Future Award 2021).
Dr. Amalina atau nama lengkapnya Nur Amalina binti Che Bakri berkongsi berita gembira itu menerusi ciapan di laman Twitter miliknya.
Saya sangat terharu menerima anugerah ‘Highly Commended‘ dalam kategori profesion di UK Women of the Future Award 2021.
Menurut Amalina, 33, beliau terharu dan rasa rendah diri dikelilingi wanita-wanita muda Britain yang hadir dari pelbagai bidang.
Rasa rendah diri untuk dikelilingi ramai wanita muda di Britain, peneraju dari pelbagai bidang perubatan, undang-undang, teknologi, STEM, sukan dan banyak lagi.
I’m extremely honoured to be awarded ‘Highly Commended’ in the Profession category at the ?? UK Women of the Future Award 2021. Very humbled to be surrounded by many young women in Britain ??, trailblazers in the fields of medicine, law, tech, STEM, sports, and many more, pic.twitter.com/r3anoVXAjq
— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) November 11, 2021
Menerusi ciapan tersebut, rata-rata netizen turut tumpang bangga dengan kejayaan yang diperoleh anak kelahiran Malaysia itu dan mengucapkan tahniah kepada Amalina atas pencapaiannya.
The post “Saya Sangat Terharu..” – Dr Amalina Terima Anugerah Wanita Masa Hadapan United Kingdom 2021 first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.