Ads Top

Main Ad

“Saya Tak Pernah Tengok Perubahan Alif Sampai Tahap Sekarang” – Bella Astillah

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah kini dalam proses untuk mendekati agama secara lebih mendalam selari dengan perubahan positif suaminya, Aliff Aziz.

BACA: “Bila Nak Tutup Aurat?” Bella Astillah Ucap Terima Kasih Kepada Peminat Yang Ambil Berat

Advertisement

Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah berkata hampir setiap hari dia mengikuti kelas agama bersama rakan-rakan artis yang lain termasuk Amyra Rosli, Lisa Surihani dan Liyana Jasmay.

Bella, 27, berkata dia mendapat tunjuk ajar kelas agama daripada Salima Habibi bersama rakan-rakan artis wanita lain.

Kami ada grup dan akan sentiasa cari masa untuk belajar ilmu agama. Macam saya tengah bawa kereta pun, tetap akan mengaji. Walaupun Amyra Rosli tengah shooting, tengah berhenti make up, dia sama akan mengaji.

Isteri kepada penyanyi Alif Aziz itu menjelaskan usaha itu dilakukan supaya nampak usaha semua orang dan sebenarnya, semua bermula daripada zero di mana mereka mula belajar daripada ‘alif ba ta’ untuk perbaiki sebutan.

Ditanya tentang penerimaannya sebagai seorang isteri apabila suami yang berada pada fasa mendekatkan diri kepada agama tetapi menyertai GV8, Bella hanya memandang dari sudut positif.

Aliff masuk GV8 dengan niat untuk buat kemunculan semula sebagai seorang penyanyi. Benda ini tak ganggu pun apa yang dia buat sekarang. Insya-Allah, saya bagi sokongan dan semangat.

Menurut Bella, sepanjang perkenalannya dengan Aliff dari seawal usia 18 tahun, dia tidak pernah melihat perubahan diri suami sehingga tahap sekarang. Dia juga tidak tahu bagaimana untuk mengambarkan rasa gembira dengan perubahan suaminya itu.

The post “Saya Tak Pernah Tengok Perubahan Alif Sampai Tahap Sekarang” – Bella Astillah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




Powered by Blogger.