Ads Top

Main Ad

Serik Dituduh Tidak Membantu Peniaga Kecil, Uqasha Senrose Terkilan Sikap Peniaga Online

Pelakon jelita yang bakal bergelar isteri tidak lama sahaja lagi, Uqasha Senrose meluahkan rasa terkilan apabila dituduh tidak membantu golongan peniaga kecil bagi mempromosikan produk mereka di media sosial.

Advertisement

Ujar Uqasha, sikap menyalahkan selebriti itu tidak patut wujud dan peniaga tempatan haruslah berterus terang jika mahu artis mengulas produk yang dihantar kepada mereka.

Jelasnya, selebriti sering menerima barangan jualan peniaga namun tidak tahu sama ada produk tersebut dihantar untuk ulasan di media sosial atau hanya diberikan sebagai hadiah.

Advertisement

Salam semua, kalau ikhlas nak bagi gift cakap gift jangan harapkan review or anything. Jatuh tak ikhlas. Hadiah pun saya selalu post di Instagram Story sebagai tanda terima kasih. Serik dah berapa kali kena, kita nak tolong seller-seller tempatan tapi kita pula kena balik.

Namun begitu, luahan rasa terkilan itu hanyalah teguran secara terbuka dan bukanlah dituju untuk mana-mana pihak.

“Tak tuju kepada sesiapa, cuma berterus-terang..” jelasnya lagi.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Serik Dituduh Tidak Membantu Peniaga Kecil, Uqasha Senrose Terkilan Sikap Peniaga Online first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.