Ads Top

Main Ad

Sering Kongsi Kisah Kehidupan Di Media Sosial, Fazley Yaakob Dah Lali Dengan Cemuhan Netizen

Penyanyi dan juga cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob berkata bahawa dia sebenarnya sudah lali dengan kritikan dan cemuhan yang dilemparkan oleh pengguna media sosial terhadap dirinya dan keluarga.

Ujar Fazley atau nama sebenarnya Ahmad Fadzli Yaakob,43, bergelar insan seni sejak 21 tahun yang lalu telah membuatkan dia ‘kebal’ dengan sebarang komen yang ditinggalkan netizen.

Advertisement

Tambahnya lagi, untuk kekal relevan, seseorang selebriti haruslah selesa dengan media sosial dan dia juga mempunyai prinsip untuk tidak menjawab semua kritikan yang diberi apabila dia berkongsi sebarang aktiviti atau sebarang perkembangan terkini di internet.

Akan ada orang menghina dan mengeji. Telinga dan mata saya dah biasa. Saya tahu setiap kali saya post sesuatu, saya sudah bersedia untuk berhadapan dengan apa yang orang akan cakap.

Dia ditemui baru-baru ini ketika sesi pengenalan duta jenama Aya Real Food yang telah diadakan di restoran miliknya iaitu Suka Sucre Bistro, Sri Hartamas, Kuala Lumpur, Selasa lalu.

Advertisement

Dalam pada itu, Fazley menganggap media sosial merupakan salah satu medium untuk dia berkongsikan apa saja kepada peminatnya di luar sana.

“Saya bukan pemilik kosmetik, saya tiada apa untuk dimarket melainkan itulah kehidupan saya.” akhiri Datuk Fazley.

Fazley Yaakob
7 hari lalu

"Biasanya Dapur Yang Berasap.." Fazley Yaakob Tunai Impian Anak Lihatnya Bertanding Di GV8

The post Sering Kongsi Kisah Kehidupan Di Media Sosial, Fazley Yaakob Dah Lali Dengan Cemuhan Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




Powered by Blogger.