Ads Top

Main Ad

Setahun Berdepan Tuduhan Kes Cabul, Dai Syed Akui Alami Tekanan Perasaan

Pendakwah bebas, Da’i Syed akui mengalami tekanan perasaan selepas setahun berdepan tuduhan mencabul seorang penuntut kolej swasta dan melakukan aktiviti seks luar tabii.

12 bulan lalu

"Kami Semua Merinduimu Iqmal Yang Dahulu," Susulan Tuduhan Rogol, Ayah Dai Syed Buka Mulut

Advertisement

Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful meluahkan rasa syukur masalah mental dan kemurungan yang dialami selepas berhadapan tuduhan dapat dikawal dengan baik.

Menurut Syed yang juga seorang penyanyi, dia banyak menghabiskan masa bersama keluarga untuk memastikan kesihatan mentalnya berada dalam keadaan baik.

Kadang-kadang ada juga terasa ‘down‘, nak cakap depression itu, ada juga. Ada juga tekanan perasaan… manusia kan.

Syed turut meluahkan rasa syukur ada orang yang memberi semangat dan mendoakan dia kerana atas doa mereka, dia menjadi fokus pada kerja.

Penyanyi lagu Ya Habib itu berkata dia sudah melakukan persediaan dari segi mental fizikal untuk dibicarakan di mahkamah pada Februari tahun hadapan.

Selama setahun, mendebarkan… sebab aura mahkamah memang dasyat la. Siapa yang pernah masuk mahkamah memang akan rasa takut dan berdebar.

Terdahulu, Syed, 27, mengaku tidak bersalah di dua mahkamah berasingan atas pertuduhan melakukan seks oral, mencabul, dan merogol dua wanita pada September dan Oktober dua tahun lalu.

The post Setahun Berdepan Tuduhan Kes Cabul, Dai Syed Akui Alami Tekanan Perasaan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




Powered by Blogger.