Ads Top

Main Ad

Suami Nynaa Harizal Fail Permohonan Nusyuz, Perintah Kembali Taat Dalam Tempoh 7 Hari

Suami kepada pelakon, Nynaa Harizal memfailkan permohonan nusyuz dan perintah kembali taat kepadanya dalam tempoh tujuh hari di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada petang Khamis.

Nynaa Harizal
22 jam lalu

Gembira Bersama Keluarga Di IG, Benarkah Nynaa Harizal Diculik Oleh Keluarga Sendiri?

Advertisement

Menurut mStar, permohonan yang dibuat oleh suami Nynaa itu atas tujuan menyelamatkan pernikahan mereka dan agar Nynaa kembali menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri serta hidup dalam kasih sayang.

Ketika menemui Mohamed Fahmi di perkarangan mahkamah, beliau berkata sentiasa bersedia pada bila-bila masa agar isterinya itu kembali dalam dakapannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nynaa Harizal (@nynaaharizal___)

Advertisement

I love you sayang! Saya harap awak kuat. Saya sentiasa ada untuk awak, awak boleh hubungi saya bila-bila masa.

Bagaimanapun, di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor pula, bapa Nynaa iaitu Harizal Hashim mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengugut dengan mengeluarkan sepucuk pistol terhadap seorang lelaki pada 2 November lalu.

Sumber : Harian Metro  

Terdahulu, pada 3 November, Mohamed Fahmi memaklumkan tidak mengetahui keberadaan isterinya namun mengesyaki Nynaa kini sedang berada di kediaman keluarganya sendiri di Johor setelah ‘diculik’ pada 2 November lalu.

The post Suami Nynaa Harizal Fail Permohonan Nusyuz, Perintah Kembali Taat Dalam Tempoh 7 Hari first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




Powered by Blogger.