Ads Top

Main Ad

(TAHNIAH) Balkisyh Semundur Khan Pergi Klinik Sebab Tak Sihat, Rupa-Rupanya Dah Sebulan Hamil

Pelakon yang terkenal dengan watak Atul dalam drama Mok Cun memaklumkan bahawa pemergiannya ke klinik sekitar awal tahun lalu kerana tidak sihat telah beroleh berita gembira yang lain pula.

Ujar Balkisyh Semundur Khan, doktor yang merawatnya telah mengesahkan bahawa dia kini sedang hamil dan sama sekali tidak menyangka dirinya berbadan dua.

Advertisement

Dia yang pada mulanya ke klinik berkenaan untuk mendapatkan rawatan asma telah dimaklumkan petugas kesihatan bertugas mengenai berita gembira itu ketika mahu beredar daripada premis itu.

Seperti biasa, doktor beritahu status kesihatan semua, jadi waktu mahu pulang, tiba-tiba doktor ucap tahniah kerana kandungan sudah mencecah usia sebulan.

Balkisyh dalam pada itu bersyukur dengan kurniaan rezeki dan sentiasa berdoa agar segalanya dipermudahkan urusan oleh Allah S.W.T.

Manakala ketika ditanyakan mengenai reaksi suaminya, Mohd Nazri, insan tersayangnya itu berasa sangat teruja apabila mendapat tahu dia bakal bergelar bapa tidak lama sahaja lagi.

Pasangan suami isteri ini juga khabarnya menjalani hubungan jarak jauh berikutan komitmen kerja sekaligus menjadikan kehadiran cahaya mata ini sebagai satu pengikat kasih dalam rumah tangga mereka.

Advertisement

Terdahulu, Balkisyh telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya kini, Nazri pada 26 Disember 2020 yang lalu dan ia merupakan perkahwinan kedua buat aktres itu.

Dia penrah mendirikan rumah tangga bersama pengarah drama Mohd Aizad Rosli pada tahun 2007 namun berpisah pada 5 September 2017.

Hasil perkongsian hidup dengan suami pertama, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qalesya 10, dan Muhammad Nor Qaisyh yang kini berusia 5 tahun.

11 bulan lalu

Urusan Mencari Bapa Sebagai Wali Dipermudahkan, Balkiysh Semundur Khan Bergelar Isteri Sekali Lagi

The post (TAHNIAH) Balkisyh Semundur Khan Pergi Klinik Sebab Tak Sihat, Rupa-Rupanya Dah Sebulan Hamil first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




Powered by Blogger.