Ads Top

Main Ad

(TAHNIAH) Zee Avi Selamat Bergelar Isteri Kepada Lelaki Jepun

Penyanyi kelahiran Malaysia yang mencipta nama di Amerika Syarikat (AS), Zee Avi kini sah bergelar isteri kepada lelaki berketurunan Jepun, Kenji Matano.

Zee atau nama sebenar Izyan Alirahman memilih untuk menjalankan pernikahan dalam majlis sederhana di sebuah surau di Ampang, Selangor.

Advertisement

Terdahulu, Zee, 35, memuat naik gambar berbaju pengantin berona putih bersama cincin berlian di jari, menjadi teka-teki buat peminat menerusi ruangan Instagram Stories.

Ya, sudah berkahwin. Kenji Matano. 22/11/2021.

Penyanyi yang terkenal menerusi lagu Kantoi itu berkata butiran lanjut berhubung hari bahagianya hanya akan dimaklumkan menerusi sidang akhbar khas dalam masa terdekat.

Advertisement

Info tambahan, Zee Avi merupakan penyanyi wanita Malaysia pertama yang membolosi carta Billboard Hot 200 Albums dan Billboard (Heatseekers Album) dan melebarkan pengaruh muzik serta lagunya di New York dan Los Angeles sekitar 2005.

Puteri Aishah
2 hari lalu

(TAHNIAH) Puteri Aishah Kini Sah Bergelar Isteri Kepada Firdaus

The post (TAHNIAH) Zee Avi Selamat Bergelar Isteri Kepada Lelaki Jepun first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




Powered by Blogger.