Ads Top

Main Ad

Tak Alami Sebarang Simptom, Issey Fazlisham Positif Covid-19

Penyampai radio dan pelawak, Issey Fazlisham baru-baru ini memaklumkan yang dirinya telah disahkan positif jangkitan Covid-19 pada 6 November lepas.

Issey Fazlisham
3 bulan lalu

Pertama Kali Jaga Bayi, Issey 'Panik' Tak Tahu Tukar Lampin Bayi

Advertisement

Perkara tersebut dikongsikan Issey menerusi sebuah rakaman video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat serta pengikutnya semalam.

Alhamdulillah Semuanya sudah pulih, terima kasih yang mendoakan. Tolonglah jaga diri. Covid masih ada, Covid is real.

Dalam perkongsian tersebut, Issey memberitahu yang ianya merupakan cerita 10 hari lepas dan minggu tersebut merupakan minggu yang penuh dengan tanda tanya kerana dia sendiri tidak tahu virus itu datang dari mana.

Tambah Issey, dia yang sedang sibuk mencari rezeki terduduk seketika apabila mengetahui yang dia positif namun tidak boleh nak salahkan sesiapa kerana hal tersebut sangat sensitif.

Menurut Issey, dia langsung tidak mengalami sebarang gejala dan simptom sebelum mahupun selepas disahkan positif dijangkiti virus tersebut.

Mujur juga aku lengkap dua dos vaksin, boleh juga lah nak lawan Covid supaya tak jangkitkan orang sekeliling.

Issey Fazlisham

Issey atau nama sebenarnya Fazlisham bin Mat Hussin turut meluahkan rasa syukur apabila isteri dan anaknya terselamat daripada menjadi mangsa wabak penyakit berbahaya itu.

Dalam pada itu, Issey sempat memberi pesanan serta berharap agar orang ramai mengambil suntikan vaksin Covid-19 supaya dapat melindungi keselamatan dan kesihatan orang sekeliling.

Sekadar info, Issey kini sudah bebas daripada jangkitan wabak tersebut dan sudah selamat potong gelang selepas 10 hari menjalani tempoh kuarantin.

The post Tak Alami Sebarang Simptom, Issey Fazlisham Positif Covid-19 first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




Powered by Blogger.