Ads Top

Main Ad

“Tak Kisah Orang Kata Saya Belum ‘Move On’..” Shuib Masih Tunggu Arwah Isteri Datang Dalam Mimpi

Menjadi usikan segelintir pengguna media sosial yang mengatakan pelawak, Shuib Sepahtu masih belum move on dari pemergian arwah isteri iaitu Siti Sarah Raisuddin tidak menjadi penghalang buatnya untuk terus berkongsi rasa rindu di Instagram beliau.

keluarga shuib
1 minggu lalu

"Kesukaran Jadi Bapa Tunggal Ialah Emosi" - Shuib Periksa Kesihatan Mental Saban Minggu

Advertisement

Menurut Shuib atau nama sebenarnya, Shamira Muhammad, sebagai seorang suami yang kehilangan isterinya secara mengejut, dia berhak untuk berbuat demikian.

Saya tak berani cakap bila akan move on. Malah saya tak hairan pun orang nak cakap apa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Difahamkan sebelum ini terdapat beberapa komen yang tidak enak untuk dibaca apabila Shuib seringkali berkongsi status serta foto kenangan bersama arwah yang meninggal dunia akibat jangkitan wabak COVID-19 pada Ogos lalu.

Advertisement

Bagaimanapun, bapa kepada empat orang cahaya mata itu berkata dia tidak perlu melatah dengan pandangan segelintir pihak berkenaan dengan perkara itu.

Majlis tahnik dan cukur jambul Ayash AffanSumber : Google 

Dalam pada masa yang sama, sejak pemergian arwah Siti Sarah dia tidak pernah sekali berhenti berharap semoga berjumpa dengan arwah di dalam mimpi.

Sekadar info, Shuib mengadakan majlis tahnik dan cukur jambul anak bongsu mereka iaitu Ayash Affan yang kini berusia tiga bulan, semalam, serta upacara tersebut diketuai oleh pendakwah terkenal, Ahmad Tarmizi Abdul Rahman.

The post “Tak Kisah Orang Kata Saya Belum ‘Move On’..” Shuib Masih Tunggu Arwah Isteri Datang Dalam Mimpi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




Powered by Blogger.