Ads Top

Main Ad

Tertekan Sering Dikecam Netizen, Baby Shima Dapatkan Rawatan Kaunseling

Penyanyi dangdut Baby Shima mendapatkan rawatan kaunseling bersama kaunselor sukarelawan Rumah Prihatin, Muhamad Nabil Che Musa di Rumah Prihatin, Jalan Pahang, di sini, hari ini.

Shima atau nama sebenar Nor Ashima Ramli mengakui dia berasa lega selepas mendapatkan rawatan kaunseling kerana selama ini dia cuma pendam seorang diri dan bila dah luahkan semuanya baru rasa lebih baik.

Advertisement

Ia dibuat berikutan Shima berdepan tekanan perasaan depresi terhadap tindakan netizen yang sering mengecamnya.

Semua masalah saya ceritakan pada Nabil. Jadi alhamdulillah amat lega berdepan situasi sekarang. Cuma saya kena ulangi lagi sesi ini untuk kali kedua pada masa yang sesuai.

Penyanyi lagu Ikatan Asmara itu berkata dahulunya dia seorang yang sabar dan kuat berdepan kecaman begini, namun sekarang tidak lagi.

Sampai ke tahap ini saya dah betul-betul lemah. Kadang-kadang rasa nak terima tapi sampai satu tahap rasa ‘down‘.

Menurut Shima, 29, dia bukan tidak boleh ditegur dan masih boleh terima tetapi jika nak tegur kena tahu adabnya bagaimana. Jangan sampai memaki hamun kerana kebanyakan yang menegur tetapi cara mereka amat keterlaluan sehingga tahap menghina dirinya.

Saya amat tertekan sampai kepala saya betul-betul rasa berat. Kadang-kadang rasa badan mengigil, lemah dan tak boleh tidur sehingga kesihatan terjejas. Berat badan turun mendadak.

Terdahulu, Shima berkata dari dulu sampai sekarang, orang tetap memaki hamunnya, malah makin menjadi-jadi sedangkan dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Baby Shima
2 hari lalu

Tular Foto Bercumbu Di Kelab Malam, Baby Shima Menangis Beri Penjelasan Di IG

The post Tertekan Sering Dikecam Netizen, Baby Shima Dapatkan Rawatan Kaunseling first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




Powered by Blogger.