Ads Top

Main Ad

Thailand ‘Buka Pintu’ Untuk Pelancong, Warganegara Malaysia Tak Perlu Kuarantin

Negara Thailand telah membuka sempadan negaranya bermula semalam (Isnin) selepas 19 bulan dan telah menerima ribuan pelancong dari negara serta wilayah yang berisiko rendah.

Advertisement

Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok kini kembali sibuk dengan kedatang pelancong antarabangsa yang tiba dengan menjalani saringan ketat sebelum diberi kebenaran masuk, dibantu oleh kakitangan lapangan terbang.

Di bawah peraturan perjalanan bebas kuarantin, pelancong yang sudah lengkap divaksinasi yang tiba melalui perjalanan udara mesti membuat ujian calitan COVID-19 di lapangan terbang dan menghabiskan malam pertama di hotel yang telah ditentukan terlebih dahulu.

Warganera Malaysia lengkap vaksin boleh bercuti di Thailand tanpa kuarantin

Pelawat dari negara dan wilayah yang dikecualikan dari kuarantin wajib mulai hari ini adalah Australia, Kemboja, China, Hong Kong, Jepun, New Zealand, Arab Saudi, Singapura, Indonesia, Amerika Syarikat, United Kingdom, India dan Taiwan.

Advertisement

Pelawat yang sudah lengkap mengambil vaksin dari negara serta wilayah itu termasuk juga Malaysia akan dikecualikan dari kuarantin.

Warganera Malaysia lengkap vaksin boleh bercuti di Thailand tanpa kuarantin

Sekadar info, selain Lapangan Terbang Survarnabhumi, Lapangan Terbang Phuket juga telah membuka semula pintunya untuk pelancong datang melancong bermula semalam.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Thailand ‘Buka Pintu’ Untuk Pelancong, Warganegara Malaysia Tak Perlu Kuarantin first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.