Ads Top

Main Ad

Tiada Bilik Menunggu, Aaron Aziz Tidak Salahkan Penerbit TV

Pelakon kacak kelahiran Singapura, Aaron Aziz baru-baru ini telah memuat naik satu hantaran yang memaparkan keadaannya sedang makan beralaskan tong sampah.

Advertisement

Menurutnya, dia tidak diberikan bilik persediaan seperti artis-artis lain ketika menghadiri satu program TV sehingga perlu menggunakan tong sampah sebagai meja sewaktu hendak makan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

Namun, Aaron tidak menyalahkan penerbit rancangan serta stesen TV tersebut susulan kejadian itu malah hanya memberikan sedikit nasihat supaya pihak penghubung lebih peka selepas ini.

Advertisement

Abang tidak salahkan penerbit rancangan atau stesen TV tapi yang jadi liaison tu kena peka. Yang lain ada nama dan bilik disediakan. Tak apa lah, biar orang buat kita jangan kita buat orang ya. Mustahil tidak tahu abang di jemput.

Ujar pelakon KL Gangster itu lagi, mungkin pihak yang menguruskan kebajikan selebriti yang diundang ke rancangan TV itu adalah dari team yang baru dan tidak sengaja terlepas pandang akan dirinya.

Aaron Aziz

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminatnya berasa terkejut melihat Aaron dilayan sebegitu rupa dan menganggap yang perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

Pihak pengurusan program yang ditugaskan menjaga tetamu undangan perlu lebih peka dengan kebajikan selebriti selepas ini supaya insiden yang sama tidak berulang lagi pada masa akan datang.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Tiada Bilik Menunggu, Aaron Aziz Tidak Salahkan Penerbit TV first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.