Ads Top

Main Ad

Umur Semakin Meningkat, Heliza Hilmi Tak Rasa Tertekan Untuk Berkahwin

Menjelang umur 35 tahun, penyanyi serta aktivis Heliza Helmi memaklumkan dirinya tidak berasa tertekan untuk mendirikan rumah tangga biarpun kian hari umurnya semakin meningkat.

Advertisement

Menurut Heliza, keutamaannya buat masa ini hanyalah kepada keluarga dan misi kemanusiannya sahaja serta turut berasa bersyukur kerana kedua ibu bapanya juga tidak memberi sebarang tekanan mengenai soal kahwin.

Dalam pada itu, Heliza turut berharap agar seseorang yang tepat itu akan memberikannya sokongan moral, bukan dari aspek turut serta menyertai misi kemanusian namun sokongan serta kata-kata semangat buatnya.

Advertisement

Adakah individu itu nanti berkongsi minat yang sama atau jatuh cinta ketika sedang melakukan misi kemanusiaan itu nanti? Saya tidak ada jawapannya.

Heliza Hilmi dan adiknya

Heliza yang ditemui oleh pihak Harian Metro di majlis pelancaran Kempen Tabung Kemanusiaan Afghanistan turut meluahkan rasa teruja menjadi sebahagian daripada ikon kempen berkenaan dan misi kemanusiaan itu mensasarkan kutipan RM2 juta untuk memberikan fokus kepada bantuan kecemasan bagi menghadapi musim sejuk yang bakal tiba.

InshaAllah satu hari nanti sampai jodoh buat Heliza.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Umur Semakin Meningkat, Heliza Hilmi Tak Rasa Tertekan Untuk Berkahwin first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.