Ads Top

Main Ad

Wajah Mirip Allahyarham Siti Sarah, Cucu Jadi Pengubat Rindu Raissuddin Hamzah

Bapa kepada penyanyi Allahyarham Siti Sarah iaitu Raissuddin Hamzah menyifatkan pemergian Allahyarham masih lagi satu kenyataan yang sukar untuk diterima.

Raissuddin, 61, berkata, dia perlu reda dengan ketentuan Ilahi selain memanjatkan rasa syukur kerana cucu-cucunya mirip Siti Sarah.

Advertisement

Penyanyi dan pelakon era 1980-an itu sangat rapat dengan Allahyarham, apa masalah pun akan dikongsi bersama.

Saya rasa saya bertuah sebab anak Sarah yang pertama iaitu Uwais memang mirip dia, perbezaan cuma Uwais lelaki dan Sarah adalah perempuan. Uwais sampai sekarang masih tidur di ketiak saya lagi.

Menurut Raissuddin, dari situ dia ubati kerinduannya iaitu menerusi Uwais. Begitu juga dengan Ayash Affan, selepas genap 100 hari, Ayash mirip Sarah ketika kecil. Jadi apabila adanya mereka, ia sedikit sebanyak mengubati kerinduannya pada Sarah.

Advertisement

Ayash dilahirkan pada 6 Ogos lalu melalui kaedah pembedahan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu tiga hari sebelum Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir akibat Covid-19.

Terdahulu, Raissuddin memuat naik sebuah hantaran beserta coretan panjang menggambarkan perasaan sebak serta rindu seorang bapa terhadap anak apabila berada di pusara arwah.

Raissuddin dan arwah Siti Sarah
5 jam lalu

"Jika Boleh Berganti Nyawa.." - Bapa Siti Sarah Akui Masih Perit Rindukan Arwah

The post Wajah Mirip Allahyarham Siti Sarah, Cucu Jadi Pengubat Rindu Raissuddin Hamzah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




Powered by Blogger.