Ads Top

Main Ad

Anggap Isteri Sumber Kekuatan Di GV8, Peminat ‘Bersemut’ Baca Ucapan Aliff Aziz Untuk Bella Astilah

Sering menerima pujian dek kerana persembahan yang memberansangkan di pentas nyanyian Gegar Vaganza musim ke-8, penyanyi Aliff Aziz mendedahkan bahawa kejayaannya itu juga hasil daripada sokongan isteri tersayang, Bella Astillah

Ujar Aliff, isterinya itu menjadi nadi dan sumber kekuatan buat dirinya untuk terus bersemangat dan kekal bersaing dalam memberikan persembahan terbaik dalam pertandingan itu.

Advertisement

Sehubungan itu, Aliff tidak melepaskan peluang untuk membuat ucapan istimewa sebagai tanda penghargaan buat Bella kerana menjadi ‘superwoman’ yang sentiasa ada di sisinya saat jatuh dan bangun.

 

Advertisement

Terima kasih kerana selalu ada, bukan hanya di backstage tapi dari rumah, bawakan baju semualah. Awak superwoman, saya gembira dan saya tak mampu jadi terbaik tanpa awak.

Turut menitipkan kata cinta, Aliff mengucapkan terima kasih kepada keluarga yang turut membantu mereka berdua menguruskan anak-anak di rumah.

Seakdar info, Aliff Aziz dan Bella telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2016. Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Ayden Adrian,3, dan Ara Adreanna yang kini berusia setahun.

Aliff Aziz
4 hari lalu

"Tanpa Allah SWT, Saya Bukan Siapa-Siapa" - Aliff Aziz

The post Anggap Isteri Sumber Kekuatan Di GV8, Peminat ‘Bersemut’ Baca Ucapan Aliff Aziz Untuk Bella Astilah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




Powered by Blogger.