Ads Top

Main Ad

Dipersoal Tangkap Biawak Guna Gaya Pusingan ‘Helikopter’, Netizen Pertahankan Tindakan Pak Guard

Tular di media sosial aksi seorang pengawal keselamatan menyelamatkan suasana apabila menangkap seekor biawak dengan gaya pusingan ‘helikopter’.

Menerusi rakaman video berdurasi 10 saat itu, pengawal keselamatan dilihat memegang bahagian ekor biawak lalu memusingnya berkali-kali. Dia kemudiannya menghayun biawak ke tengah jalan.

Advertisement

Latar belakang video itu disertakan dengan lagu Helikopter nyanyian Fazlija yang viral di TikTok.

Walau bagaimanapun, tindakan pak guard itu menjadi perdebatan apabila ada yang mempersoalkan adakah tindakan menghayun biawak itu satu bentuk penderaan binatang.

Advertisement

Di ruangan balas, rata-rata netizen mempertahankan tindakan pak guard dan menjelaskan teknik itu boleh mengelakkan diri daripada terkena gigitan biawak yang beracun.

Twitter biawak helikopterSumber : Twitter 
Twitter biawak helikopterSumber : Twitter 

Rasanya Pak guard tu dah cuba sebaik mungkin mengendali situasi tersebut kan? Pendapat korang macam mana pula?

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Uqasha Senrose
6 jam lalu

"Pergi Tanah Suci Untuk Beribadah, Bukan Untuk Berseronok" - Uqasha Senrose

 

The post Dipersoal Tangkap Biawak Guna Gaya Pusingan ‘Helikopter’, Netizen Pertahankan Tindakan Pak Guard first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




Powered by Blogger.