Ads Top

Main Ad

Farra Inalis Geram Dituduh ‘Berlakon’ Ketika Bantu Mangsa Banjir Bersama Caprice

Sejak kebelakangan ini, apa sahaja yang dikongsikan isteri kepada penyanyi rap Ariz Ramli iaitu Farra Inalis di Instagram pasti akan menarik perhatian netizen.

Elis Caprice
1 minggu lalu

Tertekan Dengan Kecaman Netizen, Isteri Caprice Dimasukkan Ke Hospital

Advertisement

Terbaharu, perkongsian Farra bersama suaminya turun padang menolong mangsa banjir telah disalah erti oleh segelintir netizen yang menuduhnya hanya sekadar ‘lakonan’ untuk mencari publisiti.

Wayang saja lebih minah ni, kelakar pula tengok. Ini marketing saja lebih, nak bagi orang kenal. Nak jual produk la katanya, marketing kena pandai.

Setakat datang nak ambil gambar baik tak payah datang – Netizen

Difahamkan, individu yang bertindak mengeluarkan komen tersebut dipercayai menggunakan akaun Instagram palsu.

Enggan berdiam diri, Farra telah membalas setiap komen yang menuduhnya seperti tidak ikhlas menghantar bantuan di lokasi yang terjejas akibat banjir.

Farra secara sinis mengatakan yang dia ingin menaja individu tersebut bertemu dengan doktor pakar bagi melakukan pemeriksaan hati.

Sebab faham orang ada masalah hati hitam memang hidup dia tak tenang.

Farra Inalis

Tambah Farra, dia kasihan kepada individu tersebut kerana sanggup mencipta akaun palsu untuk melemparkan komen-komen buruk kepadanya.

Advertisement

Bukan itu sahaja, Farra turut mencabar individu tersebut untuk menjadi lebih gentleman dan komen menggunakan akaun sebenarnya.

Terdahulu, Farra atau lebih mesra disapa sebagai Elis telah berkongsi foto dia bersama suaminya menghantar barang bantuan kepada mangsa banjir di Shah Alam.

Sekadar info, Farra dan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli telah turut serta dalam misi bantuan mangsa banjir tersebut sejak Rabu lalu.

The post Farra Inalis Geram Dituduh ‘Berlakon’ Ketika Bantu Mangsa Banjir Bersama Caprice first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




Powered by Blogger.