Ads Top

Main Ad

Gaji Kecil Tapi Terlihat Hidup Mewah? Anda Mungkin Akan Disiasat SPRM

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaua Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki memberi amaran tegas kepada mana-mana penjawat awam yang hidup serba mewah meskipun hanya memperoleh gaji kecil dan gred rendah, seperti yang dilaporkan Kosmo Online.

Ujar Azam, beliau boleh mengarahkan para pegawainya untuk menyiasat mana-mana penjawat awam yang terlihat hidup mewah namun hanya bekerja gred rendah bagi meniliti sumber pendapatan yang mereka perolehi.

Advertisement

Azam Baki

Jelasnya lagi, kehidupan mewah yang dipaparkan oleh penjawat awam merupakan petanda besar dan berkemungkinan mereka ada mengambil dan menerima rasuah.

Bagaimana mereka boleh pakai kereta mewah dan rumah besar sedangkan hanya bergaji kecil? Ada kemungkinan mereka menggunakan kuasa yang ada untuk menerima rasuah.

Advertisement

Azam memberitahu bahawa mereka pernah menyiasat satu kes di mana seorang penjawat awam Gred 32 mampu membeli kereta dan rumah mewah secara tunai.

Dia dalam pada itu turut mengingatkan ketua jabatan di Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan untuk sentiasa memantau kakitangan mereka yang hidup mewah meskipun mempunyai tahap hutang yang tinggi.

Perkahwinan Bawah Umur
1 hari lalu

445 Pelajar Berhenti Sekolah Kerana Ingin Berkahwin - Menteri Hal Ehwal Agama

The post Gaji Kecil Tapi Terlihat Hidup Mewah? Anda Mungkin Akan Disiasat SPRM first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




Powered by Blogger.