Ads Top

Main Ad

Keluar Beri Bantuan Kepada Mangsa Banjir, Ika Nabella Risau Suami Tidak Dapat Dihubungi

Pelakon, Ika Nabella mengakui risau apabila tidak dapat menghubungi suami yang keluar menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di kawasan Sungai Lui, Hulu Langat.

Menerusi hantaran di Instagram, Ika atau nama sebenar Ika Nabila binti Abdul Rahim berkata, dia bagaimanapun yakin bahawa suaminya, Muhammad Zaid Aznam berada dalam keadaan baik.

Advertisement

Menurut Ika, 32, dia dimaklumkan di kawasan itu memang tidak ada liputan telefon dan suami sedang bersama rakan-rakannya.

Katanya sebelum pergi tadi, keadaan di sana sangat teruk. Paling teruk setakat ini. Saya yakin, dia okey sebab ini bukan kali pertama dia terbabit misi bantuan.

Pelakon filem Takut Ke Tak itu menjelaskan, suaminya bertolak untuk menjalankan misi menyelamat selepas Zohor dan dia juga berbesar hati dengan tindakan suaminya itu.

Cuma, isteri mana yang tak risau bila tidak dapat hubungi suami dalam situasi begini.

Advertisement

Dalam pada itu, Ika turut mendoakan kesejahteraan setiap individu yang terkesan dengan bencana banjir ini dan juga mereka yang menjalankan misi menyelamat.

Ika Nabella
1 minggu lalu

"Saya Tak Kisah Diberikan Watak Antagonis Walaupun Sudah Bertudung" - Ika Nabella

The post Keluar Beri Bantuan Kepada Mangsa Banjir, Ika Nabella Risau Suami Tidak Dapat Dihubungi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




Powered by Blogger.