Ads Top

Main Ad

“Konon Alim Sangat!” – Majlis Berinai Tema Bollywood Uqasha Dan Kamal Dikecam, Michael Ang Bidas Netizen

Terdahulu, pasangan popular, Kamal Adli dan Uqasha Senrose telah pun selamat mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis tertutup di Bentong, Pahang pada 5 November lalu.

Perkahwinan mereka dianggap kontroversi oleh kerana lebih sebulan status itu dirahsiakan sebelum diumumkan dalam sebuah sidang akhbar pada 7 Disember lalu.

Advertisement

Baru-baru ini juga, Kamal dan Uqasha yang kini sedang menunaikan umrah turut mengadakan majlis berinai bertemakan Bollywood berdasarkan hantaran daripada pengarah terkenal, Michael Ang di laman Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Bagaimanapun, terdapat juga reaksi yang negatif daripada segelintir netizen yang mempersoalkan keterujaan pengantin tersebut dalam meniru budaya luar berbanding budaya sendiri.

Advertisement

Berhubung dengan perkara itu, Michael Ang yang seakan-akan turut terkena tempias sama telah tampil untuk menjawab reaksi negatif tersebut.

Menerusi perkongsiannya di laman Instagram, dia yang bengang dengan perkara itu turut meminta para netizen agar tidak mempertikaikan cara hidup individu lain.

Tak payah nak satu dunia hidup cara kau orang hidup yang konon-konon alim sangat! Bukan semua orang otak sempit macam kau orang.

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen dilihat turut menyokong pendapat daripada Michael Ang selain berharap agar pasangan tersebut kekal hingga ke akhir hayat.

Uqasha Senrose
3 minggu lalu

(TAHNIAH) Hanya Dua Kali Lafaz, Kamal Adli & Uqasha Senrose Selamat Bergelar Suami Isteri

The post “Konon Alim Sangat!” – Majlis Berinai Tema Bollywood Uqasha Dan Kamal Dikecam, Michael Ang Bidas Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




Powered by Blogger.