Ads Top

Main Ad

Macam Sudah Senyap, Ini Perkembangan Terkini Kes Gangguan Seksual Ebit Lew

Sebelum ini, gempar satu negara apabila pendakwah bebas Ebit Lew yang terkenal dengan kerja amalnya, dikaitkan dan didakwa melakukan gangguan seksual.

Namun, entah kenapa kes tersebut seolah-olah sudah semakin dilupakan atau ‘senyap’. Tetapi, itu tidak bermakna kes tersebut terhenti begitu sahaja. Terbaru, polis memaklumkan kertas siasatan kes gangguan seksual melibatkan pendakwah bebas itu sudah pun lengkap, lapor Harian Metro.

Advertisement

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan yang memaklumkan kertas siasatan tersebut akan dihantar ke  Pejabat Peguam Negara untuk tindakan seterusnya.

Kita sedang menunggu maklum balas daripada Pejabat Peguam Negara dan sedikit masa lagi akan mendapat keputusan arahan selanjutnya.”

Bagaimanapun, Abd Jalil berkata polis meminta sesiapa yang mempunyai maklumat tambahan untuk tampil membantu siasatan.

Menurut polis lagi setakat ini masih tiada keperluan untuk menahan tertuduh.

Buat masa ini biarlah dia melakukan kerja kebaikan di luar negara kerana itu haknya. Jika dia ikut peraturan di negara terbabit, ia tidak menjadi masalah.

Untuk pengetahuan, Ebit Lew kini sedang disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pengarah JSJ Bukit Aman
1 bulan lalu

Tiada Maklumat Terbaru, PDRM Tidak Pernah Tutup Kes Gangguan Seksual Babitkan Ebit Lew

The post Macam Sudah Senyap, Ini Perkembangan Terkini Kes Gangguan Seksual Ebit Lew first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




Powered by Blogger.