Ads Top

Main Ad

Mandi Buih Dengan Suami, Nora Danish Sekali Lagi Jadi Bahan Kritikan Netizen

Pelakon jelita, Nora Danish sekali lagi menjadi bahan cemuhan dan kritikan netizen apabila dia ada memuat naik beberapa keping foto mesra bersama suami, Nedim Nazri dalam tab mandi dipenuhi buih.

Meskipun begitu, ada juga yang tidak senang dengan perkongsian pelakon filem Gila-Gila Pengantin Popular itu keran dianggap sebagai keterlaluan dan melangkaui batas sebagai seorang muslim.

Advertisement
IG NoraSumber : Instagram Nora Danish  

Meskipun tubuhnya ditutupi dengan buih sabun, komen hantaran tersebut dihujani dengan komen-komen daripada netizen yang tampil menasihati aktres itu untuk memadam foto berkenaan.

“Tak sayang suami ke? Suami akan dilemparkan ke neraka jika membiarkan isterinya tidak menutup aurat.” komen seorang netizen.

Malah, ada yang mengatakan perbuatan Nora itu tidak wajar dan bertentangan dengan budaya masyarakat di Timur.

Komen IG Nora

Advertisement

Namun ada juga yang meninggalkan komen berbaur cemburu melihatkan kemesraan yang ditayang Nora bersama suaminya itu.

Nora kemudian memadam foto berkenaan daripada laman Instagramnya tidak lama kemudian.

Terdahulu, pelakon itu telah berangkat sekali lagi Pulau Langkawi bersama Nedim dan rakan-rakan bagi meraikan ulang tahun kelahiran yang ke-38 suaminya itu.

Bukan pertama kali Nora dikecam kerana berpakaian seksi dan beraksi mesra bersama suami, dia juga pernah dikritik sebelum ini kerana memuat naik foto bahagian belakang badannya sehingga menampakkan bentuk punggung.

Nora Danish
6 hari lalu

"Berpada-Padalah Dalam Berpakaian.." Penampilan Nora Danish Ber'hiking' Sekali Lagi Dikecam

The post Mandi Buih Dengan Suami, Nora Danish Sekali Lagi Jadi Bahan Kritikan Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




Powered by Blogger.