Ads Top

Main Ad

Netizen Anggap Kareena Kapoor Dijangkiti COVID-19 Sebagai Karma Sebab Hina Agama Kristian

Baru-baru ini, dunia Bollywood digemparkan dengan berita pelakon wanita popular disana iaitu Kareena Kapoor telah disahkan positif COVID-19 dan difahamkan beliau dijangkiti wabak itu di Mumbai, India bersama rakannya, Amrita Arora.

Menurut laporan dari IntipSeleb, Kareena dan Amrita dijangkiti wabak itu ketika sedang makan bersama-sama, malah, Kareena juga telah menularkan wabak terbabit kepada dua anaknya iaitu Taimur Ali Khan dan Jehangir Ali Khan.

Advertisement

Namun begitu, keluarga beliau tidak terlalu teruk dijangkiti wabak itu dan sekarang ini hanya menjalani kuarantin kendiri di rumah secara ketat.

Kareena Kapoor positif COVID-19Sumber : IntepSeleb 

Dalam pada keadaan pelakon filem Kabhi Khushi Kabhie Gham yang dijangkiti wabak bahaya itu, ada juga segelintir netizen mengambil peluang untuk mencemuh wanita tersebut.

Mereka berkata keadaan isteri kepada Saif Ali Khan itu merupakan karma kerana sebelum ini dia didakwa telah menghina kitab Injil dan agama Kristian.

Sekadar info, sekumpulan penganut agama Kristian telah membuat laporan kerana menganggap Kareena Kapoor telah mengeluarkan sebuah buku yang tajuknya memberi kontroversi iaitu Pregnancy Bible dan ia telah menguris hati banyak pihak, namun beliau menafikan membuat penghinaan terhadap mereka.

Salman Khan
3 jam lalu

Rasa Lengan Disentak, Salman Khan Dikejarkan Ke Hospital Akibat Dipatuk Ular

The post Netizen Anggap Kareena Kapoor Dijangkiti COVID-19 Sebagai Karma Sebab Hina Agama Kristian first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




Powered by Blogger.