Ads Top

Main Ad

Pengumuman ‘Istimewa’ Terjawab, Dokumentari & Filem Konsert TokTi Bakal Ditayang 30 Disember

Akhirnya persoalan netizen sejak beberapa hari yang lalu mengenai pengumuman ‘istimewa’ yang akan diumumkan oleh penyanyi tersohor tanah air, Dato’ Siti Nurhaliza terjawab.

Pagi tadi, semasa melakukan siaran langsung di platform media sosial, TikTok, Siti Nurhaliza atau lebih mesra dikenali sebagai TokTi memberitahu pengumuman istimewa itu adalah dokumentari serta filem konsertnya akan ditayangkan pada 30 Disember 2021.

Advertisement

Di dalam siaran langsung itu, TokTi memberitahu dokumentari itu akan menayangkan perjalanannya kembali semula ke dalam muzik industri selepas melahirkan anaknya.

Dalam pada itu, filem konsertnya pula akan memaparkan behind the scene dan juga rakaman-rakaman sepanjang persediaan penyanyi itu ketika membuat tour di Kuala Lumpur, Jakarta dan Singapura.

Advertisement

Terdahulu, penyanyi lagu Pastikan ini telah memuat naik sebuah hantaran video secara mengejut dan ianya membuat ramai peminat tertanya-tanya apakah pengumuman istimewa yang bakal diberitahu oleh beliau di dalam siaran langsung itu.

Wah! SitiZoners mesti tak sabar kan nak langgan dekat Astro First nanti!

TikTok Dato' Siti Nurhaliza
2 hari lalu

Bakal Umum Sesuatu 'Istimewa' Di TikTok, Dato' Siti Nurhaliza Buat Peminat Berteka-Teki

The post Pengumuman ‘Istimewa’ Terjawab, Dokumentari & Filem Konsert TokTi Bakal Ditayang 30 Disember first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




Powered by Blogger.