“Semoga Semua Dalam Keadaan Baik” – Sharnaaz Beri Kata Semangat Untuk Shila Amzah
Perkongsian Shila Amzah sebelum ini mengejutkan ramai pihak selepas dia memaklumkan telah memfailkan penceraian serta sudah dua bulan tidak tinggal sebumbung dengan suami, Haris Idraki.
Difahamkan, kes itu kini masih berjalan dan menurut Shila ia kerana suaminya itu mahu memanjangkan perkara tersebut.
Kata Shila lagi, dia dan keluarga berdepan dugaan selepas rumah kedua ibu bapanya di Langat dinaiki air akibat banjir baru-baru ini.
Menerusi entri di Instagram Shila itu, Sharnaaz Ahmad dilihat memberikan kata-kata semangat buat penyanyi lagu Patah Seribu itu.
Semoga semua tabah mengharungi ujian.. semoga semua dalam keadaan yang baik-baik.. setiap dugaan dan ujian ada ganjaran.”
Selain Sharnaaz, ramai lagi rakan-rakan artis yang lain turut memberikan kata-kata positif dan mendoakan agar semua urusan Shila serta keluarga dipermudahkan.
The post “Semoga Semua Dalam Keadaan Baik” – Sharnaaz Beri Kata Semangat Untuk Shila Amzah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.