Ads Top

Main Ad

Tikus Lalu Ketika Sedang Makan, Pelanggan Kecewa Pekerja Hanya Gelak Bila Mengadu

Rasanya semua orang mempunyai pendapat yang sama tentang hal kebersihan di kedai makan bukan? Selain dari menu makanan yang sedap dan harga, kebersihan restoran terbabit juga menjadi faktor utama pelanggan memilih sesebuah restoran.

Baru-baru ini tular, seorang wanita berkongsikan satu tangkap layar hantaran di Instagram Storynya di Twitter rasmi beliau mengenai isu ternampak beberapa ekor tikus berkeliaran di salah sebuah restoran pusat membeli-belah, Pavillion, Kuala Lumpur.

Advertisement

Kena lebih berhati-hati lepas ni. Saya sangat kecewa kerana ia merupakan antara cawangan yang terkenal!

Difahamkan, pelanggan tersebut telah membuat aduan kepada pekerja kedai makan terbabit dengan memberitahu terlihat haiwan berkenaan berkeliaran di kawasan dapur mereka.

Namun, tanpa menghalau atau mengambil sebarang tindakan, malah pekerja tersebut hanya memandang kepada pelanggan itu dan gelak sahaja.

Advertisement
Twitter komen restoran ada tikusSumber : Twitter 

Meninjau di ruangan komen ciapan tersebut, rata-rata netizen turut kecewa dengan cara pekerja disana mengambil tindakan dan ada juga yang berkongsikan pengalaman yang lebih kurang sama dengan wanita itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Idris Suhaimi Saad
2 hari lalu

Gara-Gara Kenyataan Kontroversi Di Facebook, Menteri Agama Bakal Ambil Tindakan Terhadap Suhaimi Saad

The post Tikus Lalu Ketika Sedang Makan, Pelanggan Kecewa Pekerja Hanya Gelak Bila Mengadu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




Powered by Blogger.