Ads Top

Main Ad

Varian Baru COVID-19 Omicron, Dua Kes Direkodkan Di Pulau Pinang

Semalam 27 Disember 2021 (Isnin) negara telah merekodkan jumlah kes COVID-19 di bawah 3,000 kes iaitu 2,757 kes baharu, seperti yang dilaporkan Berita Harian.

Perkara tersebut turut dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitternya di mana dia memaklumkan bahawa angka terbaharu itu telah merekodkan jumlah kumulatif kes di negara ini adalah sebanyak 2,743,936 kes.

Advertisement

Maklum DG Hisham lagi, negeri Pulau Pinang telah merekodkan dua kes Omicron terawal dari jemaah umrah yang pulang dari Arab Saudi.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow dalam satu kenyataan berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang telah memaklumkan bahawa kes berkeaan dikesan setelah jemaah umrah itu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Advertisement

Pesakit yang dijangkiti varian terbaharu itu kini sedang dikuarantin di hospital bagi pemantauan rapi.

“Setakat ini baru dua kes varian Omicron direkodkan di negeri ini dan kerajaan negeri mengambil serius perkara ini serta akan memastikan ia tidak merebak ke dalam masyarakat.” katanya lagi.

YB Chow Kon Yeow juga turut mengingatkan rakyat Pulau Pinang agar segera mendapatkan suntikan dos penggalak dan sentiasa patuh dalam mengamalkan SOP yang ditetapkan bagi mengelak dijangkiti COVID-19.

sambutan tahun baru 2022
3 jam lalu

Tiada Sambutan Ambang Tahun Baru 2022 Di Selangor, Digantikan Dengan

sambutan tahun baru 2022

3 jam lalu

Tiada Sambutan Ambang Tahun Baru 2022 Di Selangor, Digantikan Dengan Bacaan Doa Selamat Di Masjid-Masjid

The post Varian Baru COVID-19 Omicron, Dua Kes Direkodkan Di Pulau Pinang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




Powered by Blogger.