Ads Top

Main Ad

(VIDEO) Netizen Terharu Tengok Sekumpulan Pemuda India Bersihkan Masjid Lepas Banjir Surut

Air banjir di sekitar Selangor sudah mula surut dan kini mangsa-mangsa giat menjalankan kerja membersihkan selut dan lumpur di kawasan kediaman masing-masing.

Sudah semestinya ramai sukarelawan datang menghulurkan tenaga membantu mangsa banjir. Bukan setakat rumah tetapi banyak lagi tempat lain perlu dibersihkan termasuklah rumah ibadat.

Advertisement
3 hari lalu

"Tolak Tepi Semua Agama Bangsa, Paling Penting Sekarang Soal Kemanusiaan"

Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter, sekumpulan sukarelawan dilihat sedang membersihkan masjid di Klang.

Apa yang membuat netizen terharu adalah mereka terdiri daripada pemuda berbangsa India dan dilihat bersungguh-sungguh dan bertungkus lumus membersihkan lantai masjid.

Advertisement

Ramai akui berasa kagum melihat video dimuat naik di TikTok itu dan mengucapkan terima kasih kepada semua pemuda tersebut kerana berganding baju membersihkan rumah ibadat agama lain.

Pada ketika ini, sememangnya ramai bekerjasama tidak kira bangsa dan agama atau kepercayaan masing-masing. Apa yang penting adalah mangsa banjir dapat dibantu pasca bencana ini.

The post (VIDEO) Netizen Terharu Tengok Sekumpulan Pemuda India Bersihkan Masjid Lepas Banjir Surut first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




Powered by Blogger.